UCAPAN KHAS KEPADA PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

drzahri.jpg
 
 
Warga Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat mengucapkan Syabas & Tahniah serta Selamat Bertugas kepada Ybhg. Dr. Haji Zahri bin Aziz (Mantan Pengarah JPN Selangor) yang telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 
 sulaimanwak3.jpg
 
Pihak PPD Hulu Langat juga mengalu - alukan kehadiran Ybhg. En. Sulaiman bin Wak  (Mantan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur) sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor yang baru.

PPD KEPADA SEKOLAH (RUJUK SETIAP HARI) : e-PAPERLESS

Papan Notis

Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA -

Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA pada 1 FEBRUARI 2010 jam 10 MALAM di TV3



Program SOAL JAWAB BERSAMA YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI merangkap MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1 FEBRUARI 2010 (ISNIN)
10 MALAM
DI TV3


STATEMENT BY MINISTER OF EDUCATION MALAYSIA -

STATEMENT BY MINISTER OF EDUCATION MALAYSIA AT THE 45TH SEAMEO COUNCIL CONFERENCE CEBU, PHILIPPINES WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010



STATEMENT BY
THE HON. TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
DEPUTY PRIME MINISTER
AND
MINISTER OF EDUCATION
MALAYSIA
AT THE
45TH SEAMEO COUNCIL CONFERENCE
CEBU, PHILIPPINES
WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010
 
 
Excellencies, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen.
 
Let me begin by extending my heartiest congratulations to His Excellency, Mr Datu Jesli Lapus, Secretary of Education, Philippines on being elected President of the 45th SEAMEO-Council and Chairman of this conference.
 
Congratulations are also due to His Excellency, Pehin Dato Abdul Rahman Taib, Minister of Education, Brunei Darussalam on his election as the Vice President and Deputy Chair. 
 
I would also like to extend my warmest gratitude and appreciation to H.E. Jurin Laksanawasit, Minister of Education, Thailand for his impressive leadership during his tenure as President of the SEAMEO-Council.
 
May I also take this opportunity to thank the Government and the people of Philippines for hosting the conference this year and, for the warm hospitality accorded to all of us. 
 
This conference comes at a time when there is increasing concern whether we will achieve our “Education For All” (EFA) targets. The recent Global Monitoring Report on EFA has alerted us that some SEAMEO countries stand the risk of not attaining the EFA goals by 2015. I am sure all of us are faced with great challenges in achieving our targets, amidst the global economic meltdown and natural catastrophes around the region. However, nothing is impossible if we put our minds to it. Our commitment to put quality education in place must continue to be on our priority list. Any decline in aid, especially to basic education will threaten to reverse the progress made towards universal primary education. In fact, we must keep on investing in education to get out of this quagmire, as well as to attain our EFA and Millennium Development Goals (MDG). 
 
We are mindful that preparing our country for the future begins today. No other investment is as great as the investment in early basic education. In this regard, The Government of Malaysia has allocated RM25.52 billion (US$7.5 billion) this year to the Ministry of Education, which is 13.32% of Malaysia’s total budget for 2010.  The Ministry of Education has planned ahead and taken necessary action to redistribute the available budget according to our priority areas, apart from being prudent in spending. 
 
As such, I would like to reaffirm Malaysia’s commitment to priority areas in literacy, early childhood education, quality teachers and skills development consistent with our efforts at widening access to quality and affordable education.    These goals have been included in our National Key Results Areas (NKRA) for education and Key Performance Indicators (KPIs) for teachers, school management and the Ministry.  
 
However, the provision of quality early education cannot be the responsibility of only one agency. Expanding and improving early basic education require concerted action to enhance all aspects of a child’s development – physical, emotional, social and intellectual. There must be a multipronged strategy that requires the total commitment of each agency.
 
For instance in Malaysia, to ensure pre-school enrolment target can be achieved from the current 67% to 87% in 2012, various parties are involved, including the Ministry of Education; the Ministry of Women, Family and Community Development; the Ministry of Health; the Ministry of Rural Development; the NGOs; as well as the private sector.
 
In Malaysia, we are fortunate that we have the support of the Honourable Prime Minister who spearheaded the interest and set up various initiatives to ensure that our children, particularly those from the most disadvantaged regions, are given the opportunity to participate in quality early childhood education. A sum of RM100 million (US$29.4 million) has been allocated to the Ministry of Education specially for this purpose, under a program called “PERMATA”.  This program focuses on early childhood education methods and techniques in an integrated and planned manner, which contributes to knowledge capacity building and high performance among the children.
 
I certainly look forward to an exchange of best practices so that we can further enhance and enrich our various initiatives in upgrading early childhood education.  
 
I am also optimistic that our collective efforts whether at ministerial level or at SEAMEO level will enable us to address the fundamental issues of quality education provisions.  
 
I would like to stress that Malaysia is fully committed in making early childhood education a success. It is without doubt a very important agenda for each of our country, as we move further into the globalised era. In this regard, may I take this opportunity to offer Malaysia’s willingness to host trainings and workshops to all SEAMEO members, and invite associate members to contribute expertise and share best practices in the area of early childhood education.
 
With this, once again I would like to reiterate that the agenda for EFA must not fail, even as we face challenging times. 
 
Thank you.


Makluman untuk Guru Besar dan Pegawai Pelajaran Daerah. -

Berkaitan Dengan Gred Purata Sekolah (GPS).

Pihak Urus Setia Sub-NKRA (Tawaran Baru/New Deals) mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan dalam  menjayakan proses pengisian data berkaitan dengan Tawaran Baru/New Deals.

Pihak urus setia memohon Guru Besar dengan kerjasama PPD menyemak Gred Purata Sekolah  (GPS) sekolah tuan/puan seperti yang tertera dalam portal NKRA ini dengan teliti. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau masalah berkaitan dengan GPS tersebut, sila maklumkan segera kepada pihak urus setia menerusi email harery.saad@jns.moe.gov.my atau nadzman.radzaly@moe.gov.my atau menerusi talian telefon 03-88844354/03-88844109/88844263 sebelum atau pada 29 JANUARI 2010 (Jumaat).

GPS sebenar yang digunakan dalam Tawaran Baru ini merujuk GPS yang diguna pakai oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sebarang perubahan terhadap GPS tidak boleh dilaksanakan selepas tarikh tersebut dan penyenaraian kedudukan sekolah akan dibuat menerusi portal ini selepas mengambil kira perubahan terkini GPS bagi sekolah-sekolah yang berkaitan.

Verifikasi ke atas sekolah yang dikenal pasti  mencapai sasaran [Exceed Target (ET)] dan [Below Target (BT)] akan dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dalam tempoh tahun penilaian semasa.

 

TARIKH-TARIKH PENTING PELAKSANAAN TAWARAN BARU/NEW DEAL

BAGI TEMPOH 05 APRIL 2009 HINGGA 07 MEI 2010 UNTUK PENGETUA  

PERKARA TARIKH TINDAKAN
  Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan SKPM Dalam Laman Sesawang NKRA-Pendidikan    
  1.1 Pengisian Rumusan  Skor Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan SKPM Oleh Pengetua secara online Dalam  Laman Sesawang NKRA-Pendidikan 05-09/04/2010
 
  • Pengetua
     
1.2 Pemantauan Terhadap Pengisian Rumusan Skor Penarafan Kendiri Sekolah berasaskan SKPM Oleh Pengetua Dalam  Laman Sesawang NKRA-Pendidikan oleh PPD secara online. 26-30/04/2010
 
  • PPD atau Pegawai Unit Kualiti PPD
       
1.3 Pemantauan JNJK Terhadap Pengisian Rumusan Skor SKPM Oleh Pengetua Dalam  Laman Sesawang NKRA-Pendidikan secara online. 26-30/04/2010
 
  • Sektor Kualiti dan Penyelidikan JNJK
       
  1.4 Mencetak dan Menandatangani Dokumen Bai’ah oleh Pengetua:

     (Pengetua mencetak dokumen Bai’ah daripada Laman Sesawang  NKRA-Pendidikan dan menandatangani dokumen tersebut.Satu salinan disimpan oleh pihak sekolah dan satu salinan dikemukakan kepada PPD untuk direkodkan)  

 

03-07/05/2010
 
  • Pengetua
  • PPD atau Pegawai Unit Kualiti PPD


PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SK DAN SMK -
KENYATAAN AKHBAR
 
Y.BHG. TAN SRI DATO’ ALIMUDDIN HJ. MOHD DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SAINS DAN MATEMATIK BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
 
Kenyataan akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan. Mekanisme “soft landing” adalah seperti berikut:
 
(i)      P&P Sains dan Matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi SJK(C) dan SJK(T).
 
(ii)      Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:
 
(a)     Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
 
(b)     Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.
 
(c)     Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.
 
(d)     Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.
 
(e)     Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.
 
(f)      Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015
 
PENTAKSIRAN
 
(a)     Peperiksaan UPSR bagi matepelajaran Sains dan Metematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.
 
(b)     Peperiksaan PMR bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehinggan tahun 2013.
 
(c)     Peperiksaan SPM bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2015.

Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016. Walau bagaimanapun pengajaran Sains dan Matematikn bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS -
KENYATAAN AKHBAR
YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,
MEMANTAPKAN BAHASA INGGERIS:
TAWARAN BARU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

8 JULAI 2009

Kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada tahun 2003.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran ingin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia.

Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Keputusan Kabinet untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan mula berkuatkuasa pada tahun 2012. Pelaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:
  • Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.
  • Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53–58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun 2008 mencapai tahap profisiensi.
  • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih 3 peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil SJK(T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan langkah-langkah berikut untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
  • Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini termasuklah 1000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333 guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik. Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun Satu dan Dua untuk meningkatkan ”contact time” antara guru dan murid.
  • Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90 minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.
  • Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah seratus peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 90 minit menjadi 120 minit seminggu.
  • Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.
  • Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak 80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.
  • Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah seratus peratus iaitu daripada 3 jam menjadi 6 jam seminggu.
  • Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur sastera.
  • Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.
  • Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.
  • Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.
  • Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat memartabatkan Bahasa Malaysia, memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa depan negara.


PENGAMBILAN DAN PENGHANTARAN SURAT

Mesyuarat Pelarasan Belanja mengurus Tahun 2010 PPD Hulu Langat telah menetapkan pengambilan dan penghantaran surat di buat mengikut Zon PKG masing-masing seperti di atas kecuali bagi Zon PKG Kajang. Bagi Zon PKG Kajang, urusan masih seperti biasa.Sehubungan dengan itu, semua urusan surat menyurat dari PPD Hulu Langat akan berpusat di PKG masing-masing. Oleh yang demikian pihak sekolah hanya perlu mengambil surat di PKG yang berkenaan dan tidak lagi di PPD seperti sebelum ini.Pelaksanaan sistem ini akan berkuatkuasa mulai 25/1/2010 (Isnin). Oleh itu, sekolah diminta untuk menyediakan beg/karung yang sesuai dan selamat serta berlabel “Nama Sekolah dan No. Telefon” di cetak / ditulis secara berhuruf tebal.

PENANGGUHAN SEMUA MESYUARAT

Penting : Semua mesyuarat yang akan diadakan mulai 20 Januari 2010 ditangguhkan atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan. Hanya mesyuarat yang melibatkan perkara - perkara yang amat penting sahaja dibenarkan dengan keizinan Pegawai Pelajaran Daerah.Mohon kerjasama untuk menghebahkan makluman ini. Terima kasih dan harap maklum.
Quote this article on your site

Permohonan KPLI & KPLI J-QAF (Januari 2009)

To create link towards this article on your website,copy and paste the text below in your page.



Preview :

Permohonan KPLI & KPLI J-QAF (Januari 2009)
PORTAL RASMI PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT :::: PPDHL :::: - Selasa, 09 Februari 2010

»  Go back to the article


mXcomment 1.0.6 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

PROJEK MENAIKTARAF ICT PPD HULU LANGAT (RANGKAIAN)

Kerja - kerja naiktaraf rangkaian ICT akan dijalankan mulai 22/1/2010 hingga selesai oleh Syarikat Cybertech Resources. Kerja - kerja menyeluruh melibatkan pemasangan fiber optik dan rangkaian CAT 6 ke Blok A, Blok B, Blok C dan Blok E (Dewan Besar). Diharapkan semua pegawai dan kakitangan PPD Hulu Langat dapat memberi ruang kepada syarikat supaya kerja - kerja menaik taraf ini siap mengikut masa.  Semua pihak diharapkan bersabar di atas sebarang kesulitan yang timbul. Harap maklum.
 
Penting ! Kerja - kerja menggantikan router oleh pihak Telekom Malaysia akan dijalankan pada 11 Februari 2010. Justeru itu, gangguan internet akan berlaku pada hari tersebut bermula jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang.

 

"ICT Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Negara"
:::Terbaru di Forum Guru ::: Sila Daftar Untuk Menghantar Info ::: Semua Warga Pendidik Dari Seluruh Malaysia Juga Dialu - alukan :::
Tajuk PerbincanganKirimanKategoriTarikh
Ruj:GEJALA PONTENGfazaPelajar / Murid Sahaja05-02-10 05:41
Ruj:mohon penjelasanAwareSEMBANG UMUM05-02-10 05:29
Saling mengingatiCikgunikmieSEMBANG UMUM05-02-10 04:49
Ruj:MANA LEBIH BAIK ROAD RUN @ RENTAS DESAGURU CEMERLANGBahasa Melayu 05-02-10 04:28
Ruj:Bidang Tugas Guru DataAwareUNIT ICT DAN DATA05-02-10 03:33
Ruj:Pembalasan isteri curangCikgunikmieCORETAN MENARIK05-02-10 02:25
Ruj:Makluman KhasCikgunikmieMAKLUMAN05-02-10 02:23
Ruj:MAKLUMAT AWAL PELAKSANAAN SARINGAN 1 PROGRAM LINUS (LITERASI & NUMERASI) 2010puiyokeUNIT SAINS & MATEMATIK05-02-10 01:32
Ruj:Re:Kajiselidik : Apakah Jenis Antivirus yg anda guna sekarang?mazani72MAKLUMAN05-02-10 00:10
Ruj:BAHAN KURSUS NUMERASI GURU MATEMATIK TAHUN 1 - PROGRAM LINUS DI HOTEL SERI MALAYSIA 1-3 FEB 2010Cikgu MBKBahan P&P Sains dan Matematik04-02-10 19:05

Pendaftaran & Masuk

  Selasa, 09 Februari 2010





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Waktu Operasi

  • Isnin - Khamis :
  • 07.30 AM - 01.00 PM
  • 02.00 PM - 05.30 PM
  • Jumaat :
  • 07.30 AM - 12.15 PM
  • 02.45 PM- 05.30 PM
  • Sabtu & Ahad :
  • Tutup
  • Telefon : 03-87381100
  • Faks : 03-87390144

EMEL PPD & SEKOLAH

Nama Pengguna
Katalaluan

Bancian Pendapat

Kekerapan Lawatan Anda ?
 

Statistik Web

5799 registered
0 today
0 this week
386 this month
Last: nzek1

Statistik Pelawat


Semenjak 15 Disember 2007

Online

Kami ada 3 tetamu dan 2 pengguna online
  • mayo
  • fuziah bt md ali

Ranking Top School

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Ranking System

PPDHL Ranking System For Malaysia School's Sites & Portals. Join now !

Pegawai PPDHL

RSS PPDHL

Berita Terkini Portal

FACEBOOK

Penafian | Dasar | Hak Cipta | Keselamatan |
Diubahsuai oleh En. Muhammad Yusri Yusof@2010 PPD Hulu Langat
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 3 & Internet Explorer 7 Ke atas
Resolusi Terbaik : 1024X768 pixel