New Straits Times bertarikh 18 Januari 2010 - START EARLY
Ministry of
Education Malaysia (MOE) would like refer to the article written by
Ronin Tay from Kuala Lumpur (NEW STRAITS TIMES 18 January 2010 entitled
‘Start Early’.
Ministry
of Education would like to thank to the writer who are concerned with
the current education system which seems to teach children about the
differences for ethnics in Malaysia instead of similarities.
The
National Curriculum is an education programme that includes curriculum
and co-curricular activities which encompasses all the knowledge,
skills norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a
pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and
emotional aspects as well as to inculcate and develop desirable moral
values and to transmit knowledge. The national curriculum is carefully
designed to provide understanding amongst children about the beauty of
multi-ethnics in Malaysia. Children in schools are taught to appreciate
each others’ cultural values and diversity so that everybody respects
each other and live in harmony.
Furthermore,
the national curriculum transformation will continue to reinforce the
aspects of national integration and unity in line with the concept of
1Malaysia. This is also reflected in the Education Philosophy which to
develope the potential of individuals in a holistic and integrated
manner, so as to produce individual who are intellectually,
spiritually, emotionally and physically balanced and harmonic, based on
a firm belief in and devotion to God.
Berita Harian bertarikh 20 Januari 2010 – SISTEM PENTADBIRAN KEMENTERIAN PELAJARAN TIDAK DIKEMAS KINI
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Suami Seorang Guru, Ampang, Selangor”. dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 20 Januari 2010 – Sistem Pentadbiran Kementerian pelajaran tidak dikemas kini.
Bahagian Pendidikan Islam (BPI),
KPM amat mengambil berat masalah yang dihadapi oleh guru dalam memohon
pertukaran. Namun mereka perlu memahami bahawa Bahgian ini terikat
dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Dalam menguruskan
hal-hal yang berkaitan dengan pertukaran, beberapa kriteria utama akan
diambil kira, antaranya:
i. Keperluan Perkhidmatan
ii. Kekosongan Perjawatan di negeri dan sekolah yang dipohon
BPI ingin menjelaskan bahawa
isu/masalah yang ditimbulkan. Penulis menyebut bahawa isterinya dipaksa
bertukar ke Perak, sedangkan ketika itu beliau mengajar di Kuala
Lumpur. Untuk makluman, BPI tidak pernah memaksa atau mengamalkan unsur
paksaan untuk bertukar. Pertukaran seseorang guru hanya berlaku di atas
permohonan sendiri.
BPI mengambil berat segala aduan
yang dibuat ke atas para pegawai di bawah pentadbiran BPI. Perbincangan
dan rundingcara dengan pelanggan sentiasa diutamakan. BPI yakin
pegawai-pegawai tidak pernah menggunakan unsur kekerasan, paksaan atau
ugutan dalam melayan pelanggan. Seorang penjawat awam sepatutnya
mengutamakan kepentingan perkhidmatan mengatasi kepentingan peribadi.
Sebagai guru, keutamaan adalah memberi pendidikan walau di mana jua
ditempatkan selaras dengan saranan Perdana Menteri “Rakyat didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”
Merujuk kepada isu kedua yang
ditimbulkan iaitu sistem pentadbiran yang tidak dikemaskini, ingin
dijelaskan kepada penulis, maklumat peribadi dan profil perkhidmatan
guru-guru yang terdapat di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),
KPM adalah merupakan maklumat semasa yang dimasukkan oleh pentadbir
perkhidmatan guru-guru di sekolah ke dalam Sistem Maklumat Pengurusan
Sumber Manusia (HRMIS). Oleh itu, sewajarnya semua maklumat peribadi
dan profil perkhidmatan para guru dikemaskini dari semasa ke semasa
untuk memastikan maklumat yang berada di dalam HRMIS tepat, ‘reliable’
dan boleh digunakan dalam setiap urusan perkhidmatan personel di KPM
yang dilaksanakan oleh BPSM.
KOTA TINGGI 31 Jan. - "Saya ingin bersekolah seperti kawan-kawan dan
menjadi orang pandai supaya dapat tolong ayah dan ibu apabila besar
nanti."
Demikian luah Abdul Maliki Usman, 12, dari Kampung Changi, Teluk
Ramunia, Pengerang, di sini yang terpaksa berhenti sekolah akibat
kemiskinan hidup keluarganya.
Sebenarnya, anak bongsu daripada dua beradik itu begitu teringin
untuk belajar bersama rakan-rakan sepermainannya di sekolah yang
terletak hanya kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Namun Abdul Maliki yang kini sepatutnya berada pada tahun enam hanya sempat bersekolah pada tahun satu sahaja.
Dia tidak mendaftarkan diri pada tahun berikutnya ekoran kesempitan hidup yang dialami keluarganya.
Kesedihan anak kecil itu bagaimanapun akhirnya sampai kepada
pengetahuan Pegawai Tadbir Agama Daerah Kota Tinggi, Mohd. Taufik Kiyai
Shamsudin yang tampil membantu sebaik sahaja mengetahui kesusahan
keluarga kanak-kanak tersebut.
"Saya begitu tersentuh dengan keadaan keluarga ini dan berharap
pihak berkenaan dapat membantu menguruskan persekolahan kanak-kanak ini.
"Kanak-kanak ini memerlukan ilmu pendidikan dan kita tidak
sepatutnya membiarkan kanak-kanak ini membesar tanpa ilmu," katanya
yang ditemui ketika menyampaikan sumbangan kilat Baitulmal kepada
keluarga tersebut di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, bapa Abdul Maliki, Usman Asan 54, yang ditemui
berkata, sejurus menerima sumbangan itu, beliau tidak berlengah lagi
untuk membeli kelengkapan persekolahan anaknya.
"Kira-kira RM200 saya belanjakan untuk membeli dua pasang kasut, baju, seluar serta sebuah beg sekolah.
"Tidak pernah saya melihat Abdul Maliki begitu gembira sehinggakan
pakaian yang dibeli kelmarin turut dibawanya ketika tidur," katanya
lagi.
Bagaimanapun hasrat untuk melihat impian Abdul Maliki untuk memasuki
alam persekolahan sekali lagi terbantut kerana pihak sekolah tidak mahu
mengambil serta-merta kanak-kanak itu atas alasan dia sudah lama tidak
bersekolah iaitu sejak tahun dua lagi.
SHAH ALAM 31 Jan. - Tindakan anggota Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) membakar sarang tebuan di bumbung dewan makan Sekolah
Menengah Teknik Shah Alam di sini nyaris mengakibatkan bangunan itu
musnah terbakar.
Suasana menjadi kelam-kabut apabila api merebak begitu pantas
memusnahkan alat penebat api yang terdapat dalam siling bangunan itu
yang turut menempatkan taska dan stor sekolah.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Seksyen 15 di sini yang
menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.31 petang tiba 10 minit
kemudian dan berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.
Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Shokry Ahmad Nor ketika ditemui
berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kebakaran itu masih
belum serius.
Katanya, api ketika itu sudah mula marak di bahagian dalam siling bangunan berkenaan.
"Dalam bangunan itu, terdapat penebat haba dan kami percaya ia mula
terbakar semasa pasukan JPAM membakar sarang tebuan itu," katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Shokry memberitahu, pihaknya masih tidak
dapat menganggarkan tahap kerosakan yang dialami dalam kejadian itu.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya.
Sementara itu, tinjauan di sekolah itu petang ini mendapati, suasana
kembali seperti sedia kala dengan ibu bapa dilihat sibuk menghantar
anak-anak pulang ke asrama bagi memulakan sesi persekolahan esok.
STATEMENT BY MINISTER OF EDUCATION MALAYSIA AT THE 45TH SEAMEO COUNCIL CONFERENCE CEBU, PHILIPPINES WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010
STATEMENT BY
THE HON. TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
DEPUTY PRIME MINISTER
AND
MINISTER OF EDUCATION
MALAYSIA
AT THE
45TH SEAMEO COUNCIL CONFERENCE
CEBU, PHILIPPINES
WEDNESDAY, 27 JANUARY 2010
Excellencies, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen.
Let
me begin by extending my heartiest congratulations to His Excellency,
Mr Datu Jesli Lapus, Secretary of Education, Philippines on being
elected President of the 45th SEAMEO-Council and Chairman of this
conference.
Congratulations
are also due to His Excellency, Pehin Dato Abdul Rahman Taib, Minister
of Education, Brunei Darussalam on his election as the Vice President
and Deputy Chair.
I
would also like to extend my warmest gratitude and appreciation to H.E.
Jurin Laksanawasit, Minister of Education, Thailand for his impressive
leadership during his tenure as President of the SEAMEO-Council.
May
I also take this opportunity to thank the Government and the people of
Philippines for hosting the conference this year and, for the warm
hospitality accorded to all of us.
This
conference comes at a time when there is increasing concern whether we
will achieve our “Education For All” (EFA) targets. The recent Global
Monitoring Report on EFA has alerted us that some SEAMEO countries
stand the risk of not attaining the EFA goals by 2015. I am sure all of
us are faced with great challenges in achieving our targets, amidst the
global economic meltdown and natural catastrophes around the region.
However, nothing is impossible if we put our minds to it. Our
commitment to put quality education in place must continue to be on our
priority list. Any decline in aid, especially to basic education will
threaten to reverse the progress made towards universal primary
education. In fact, we must keep on investing in education to get out
of this quagmire, as well as to attain our EFA and Millennium
Development Goals (MDG).
We
are mindful that preparing our country for the future begins today. No
other investment is as great as the investment in early basic
education. In this regard, The Government of Malaysia has allocated
RM25.52 billion (US$7.5 billion) this year to the Ministry of
Education, which is 13.32% of Malaysia’s total budget for 2010. The
Ministry of Education has planned ahead and taken necessary action to
redistribute the available budget according to our priority areas,
apart from being prudent in spending.
As
such, I would like to reaffirm Malaysia’s commitment to priority areas
in literacy, early childhood education, quality teachers and skills
development consistent with our efforts at widening access to quality
and affordable education. These goals have been included in our
National Key Results Areas (NKRA) for education and Key Performance
Indicators (KPIs) for teachers, school management and the Ministry.
However,
the provision of quality early education cannot be the responsibility
of only one agency. Expanding and improving early basic education
require concerted action to enhance all aspects of a child’s
development – physical, emotional, social and intellectual. There must
be a multipronged strategy that requires the total commitment of each
agency.
For
instance in Malaysia, to ensure pre-school enrolment target can be
achieved from the current 67% to 87% in 2012, various parties are
involved, including the Ministry of Education; the Ministry of Women,
Family and Community Development; the Ministry of Health; the Ministry
of Rural Development; the NGOs; as well as the private sector.
In
Malaysia, we are fortunate that we have the support of the Honourable
Prime Minister who spearheaded the interest and set up various
initiatives to ensure that our children, particularly those from the
most disadvantaged regions, are given the opportunity to participate in
quality early childhood education. A sum of RM100 million (US$29.4 million)
has been allocated to the Ministry of Education specially for this
purpose, under a program called “PERMATA”. This program focuses on
early childhood education methods and techniques in an integrated and
planned manner, which contributes to knowledge capacity building and
high performance among the children.
I
certainly look forward to an exchange of best practices so that we can
further enhance and enrich our various initiatives in upgrading early
childhood education.
I
am also optimistic that our collective efforts whether at ministerial
level or at SEAMEO level will enable us to address the fundamental
issues of quality education provisions.
I
would like to stress that Malaysia is fully committed in making early
childhood education a success. It is without doubt a very important
agenda for each of our country, as we move further into the globalised
era. In this regard, may I take this opportunity to offer Malaysia’s
willingness to host trainings and workshops to all SEAMEO members, and
invite associate members to contribute expertise and share best
practices in the area of early childhood education.
With this, once again I would like to reiterate that the agenda for EFA must not fail, even as we face challenging times.
STATUS PROJEK UBAHSUAI, NAIKTARAF DAN BINAAN BARU MAKMAL J-QAF
Kepada semua Sekolah Program j-QAF , sila muat turun borang berkenaan untuk tindakan pihak tuan dan segera hantar melalui email berikut “hasnulhadi_ayub @yahoo.com” sebelum 2 Februari 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di talian 03-87381100.
MOHD. Abdah Mohd. Alif
(tengah) dan disaksikan Liew Leong Tat (kanan) menyerahkan peralatan
elektronik kepada Abd. Razak Yatim (kiri) di Kampung Pagi, Jerantut,
Pahang, semalam.
JERANTUT 24 Jan. - Sebuah sekolah pedalaman di
Hulu Tembeling dekat sini dianggap bertuah apabila menerima empat unit
komputer bernilai RM15,000 daripada sebuah syarikat swasta hari ini.
Keempat-empat unit komputer itu diserahkan oleh Pengerusi Syarikat
Wirama Semangat Sdn. Bhd. (Wirama Semangat), Mohd. Abdah Mohd. Alif
kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, Ideris Zainol
di sekolah itu.
Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SK Kampung Pagi, Abd. Razak Yatim, Ketua Kampung Pagi, Zakaria
Ramly dan Pengarah Urusan Wirama Semangat, Datuk Liew Leong Tat.
Ideris ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada syarikat
terbabit yang menghulurkan sumbangan komputer bagi kemudahan pelajar di
pedalaman.
Sumbangan itu, jelas beliau, akan merangsang semangat pelajar untuk
belajar bersungguh-sungguh sekali gus merapatkan jurang digital antara
kawasan pedalaman dan bandar.
''Pelajaran murid boleh meningkat apabila pengajaran dilaksanakan
menggunakan komputer menerusi penyeliaan guru berpengalaman," katanya.
Abdul Razak yang berterima kasih kepada syarikat berkenaan
menyifatkan sumbangan itu dapat memberi pendedahan kepada pelajar di
pedalaman kepada dunia luar.
''Dengan adanya kemudahan komputer, ia dapat memberi kemudahan murid
dan penduduk di sini mengakses maklumat dan menyelesaikan sesuatu
perkara menerusi Internet.
''Kemudahan ini juga meringankan beban penduduk di sini kerana
kesukaran perhubungan ke bandar Jerantut yang hanya menggunakan bot,"
katanya.
Tambah beliau, syarikat swasta lain sewajarnya meneladani Wirama
Semangat yang menyumbang komputer kepada sekolah di pedalaman sejajar
dengan tanggungjawab sosial dalam bidang pendidikan.
Sementara itu, Mohd. Abdah berkata, sumbangan berkenaan untuk
menggalakkan murid mendalami bidang ICT selain membantu guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
''Setelah beberapa kali singgah di sini, kami terpanggil untuk
menyumbangkan peralatan komputer bagi melengkapkan kemudahan di bilik
komputer sekolah ini.
''Sumbangan amal jariah ini sejajar dengan hasrat syarikat ini untuk
membantu pelajar miskin di pedalaman supaya belajar dengan selesa dan
meningkatkan pencapaian masing-masing dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) tahun ini," katanya.
Mohd. Abdah turut meminta guru dan ibu bapa mengawasi murid supaya
tidak menyalahgunakan kemudahan ICT itu dengan mengakses maklumat dan
bahan yang boleh merosakkan akhlak.
Subjek teknologi nano perlu diperkenal di sekolah rendah
SHAH ALAM 24 Jan. - Kerajaan disaran
memperkenalkan mata pelajaran berkaitan teknologi nano di peringkat
sekolah rendah sebagai persediaan negara untuk bersaing dengan
negara-negara maju kerana ia akan mengambil alih teknologi canggih yang
ada sekarang.
Pemenang Anugerah Merdeka 2009, Profesor Dr. Halimaton Hamdan
berkata, pendedahan pada usia muda amat penting bagi melahirkan
generasi yang bukan sahaja faham tentang teknologi nano tetapi memahami
keperluan teknologi berkenaan dalam kehidupan manusia 10 atau 20 tahun
akan datang.
Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) menambah, menerusi pendedahan itu, murid-murid dapat
mengetahui pentingnya ilmu sains dikuasai hingga ke peringkat tertinggi
sejajar dengan perkembangan semasa yang mungkin pada masa dahulu
teknologi nano dianggap terlalu asing.
''Teknologi nano adalah ilmu yang menggabungkan pelbagai ilmu sains
seperti kimia, fizik, biologi, kejuruteraan serta sebagainya dalam
menghasilkan sesuatu produk menerusi penyelidikan dan pembangunan.
''Inilah teknologi pada masa depan yang memerlukan inovasi dan
kreativiti tinggi," katanya ketika menyampaikan ceramah Anugerah
Merdeka di Universiti Industri Selangor di sini semalam.
Halimaton, 53, adalah penerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi.
Pengiktirafan itu diberi berdasarkan kejayaan beliau menghasilkan
'Maerogel' iaitu sejenis 'aerogel' daripada sekam padi sekali gus
mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.
Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk
mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak
serta pencemaran udara dan dijadikan panel kalis bom.
Halimaton juga berharap sama ada institusi pengajian tinggi awam
atau swasta mesti mempersiapkan sumber tenaga kerja yang dikeluarkan
dapat menguasai ilmu-ilmu yang boleh membantu negara maju dalam
teknologi tersebut.
Sehubungan itu, beliau memuji langkah kerajaan meluluskan penubuhan
direktori teknologi nano sebagai usaha memantapkan perkembangan serta
mempertingkatkan kemajuan dalam bidang tersebut.
''Kita bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada kerajaan untuk
memajukan teknologi berkenaan yang menjadi penggerak penting untuk
sesebuah negara dalam abad ke-21," ujarnya.
Tanpa penguasaan teknologi nano, tegas Halimaton, sesebuah negara
akan terus ketinggalan dalam banyak aspek kerana penguasaan teknologi
itu juga bermakna mereka berada dalam landasan yang betul bagi
meningkatkan lagi sumber pendapatan negara.
Beliau berharap, golongan belia khususnya akan merebut peluang untuk
menguasai ilmu dalam teknologi nano kerana ia menawarkan bidang kerjaya
yang cukup banyak dan pulangan lumayan bagi mereka yang menguasainya.
SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD)GRED DGA29/DGA34 SECARA PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ) SEBAGAI PPP SISWAZAH DG41 DI SEKOLAH RENDAH LANTIKAN PADA 31 DISEMBER 2008 DAERAH HULU LANGAT
(Guru Besar menghantar satu (1) salinan dokumen Bai’ah yang telah ditandatangani ke PPD. Pegawai di PPD tik pada ruangan yang disediakan mengesahkan sekolah berkenaan telah menghantar dokumen tersebut. PPD boleh mencetak dokumen Bai'ah sekiranya perlu. ) . Yang belum menandatangani, sila hadir seberapa segera.
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Formula 10 + 2 iaitu dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada pelajar bagi mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan sahaja.
Perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009 untuk menerima rayuan pelbagai pihak agar calon SPM dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan mulai tahun peperiksaan 2010.
Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil. Sementara itu, calon-calon SPM yang mengambil aliran agama sains pula dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.
Kelonggaran itu boleh diguna pakai bagi semua pelajar di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada dikekalkan.
Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat mata pelajaran tambahan yang dinyatakan akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan Kerajaan sekiranya ia termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh murid.
Selain itu mata pelajaran tambahan tersebut hanya diambilkira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab.
Keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatakan di atas sijil SPM yang sama.
Dengan formula 10 + 2 itu, diharap tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.
Selain itu, pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.
Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Sistem Fail adalah sebahagian daripada Pengurusan Rekod yang melibatkan urusan penyusunan dan penyimpanan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperoleh dengan cepat apabila dikehendaki.
Setiap organisasi sama ada berbentuk perniagaan atau profesional, kecil atau besar adalah memerlukan penyimpanan rekod yang baik untuk rujukan di kemudian hari. Faktor-faktor penting mengenai produk, data statistik, maklumat mengenai pekerja dan klien boleh didapatkan melalui fail-fail yang disimpan secara sistematik.
2.APAKAH SISTEM FAIL
Satu proses klasifikasi penyusunan dan penyimpanan rekod supaya ianya dapat diperoleh dengan segera apabila dikehendaki. Pengetahuan yang mendalam mengenai Sistem Fail adalah penting kepada seseorang kakitangan untuk kecekapan sesuatu jabatan. Seorang Pengurus pula hendaklah sentiasa mengetahui teknik penyimpanan fail, rekod-rekod pentadbiran dan juga perlu menentukan apakah sistem penyimpanan rekod yang pautu diamalkan, peralatan yang patut diberi dan personal yang dikehendaki bagi menyelenggarakan sistem fail.
3.LATAR BELAKANG SISTEM FAIL DI SEKOLAH-SEKOLAH
3.1 Setiap sekolah mempunyai sistem fail sendiri. Ianya berbeza di antara sebuah sekolah dengan yang lain. Di antara kelainan-kelainan ini adalah seperti berikut:-
Cara mengelaskan tajuk-tajuk besar dan pecahan tajuk kecil.
Nombor fail untuk satu-satu perkara (tajuk) berbeza di antara sekolah.
Perkara-perkara yang boleh digolongkan dalam satu tajuk besar diasingkan dan kesannya jadi bercampur aduk.
Kulit fail dan cara penulisan fail berbeza. Kulit fail mungkin daripada fail tegak, lipat, spring dan sebagainya.
Sukar hendak mengesan / mencari satu-satu fail.
Adalah kecenderungan menambah nombor fail baru kepada nombor yang telah ada. Ini dibuat jika timbul sesuatu perkara / tajuk baru. Contohnya jika sesebuah sekolah mempunyai 100 buah fail, ianya akan menambah kepada nombor 101, 102 dan seterusnya tanpa mengambil kira tajuk / perkara tersebut.
Dengan ringkasnya tiada sistem yang tersusun mengikut prinsip-prinsip sistem memfail.
3.2 Memandangkan adanya ketidakseragaman dan sistem fail yang kurang memuaskan ianya boleh menimbulkan banyak masalah. Di antaranya:-
oPenyimpanan rekod yang kurang kemas / teratur.
oSukar hendak mencari fail. Terpaksa membaca dari Daftar Fail.
oPengetua / Guru Besar atau Pembantu Tadbir atau Guru Bimbingan dan Kaunseling baru terpaksa mengambil masa untuk memahami sistem / nombor fail sesebuah sekolah. Proses ini berulang jika berlaku pertukaran Pengetua / Guru Besar atau Pembantu Tadbir atau Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah baru.
3.3 Salah satu daripada cara bagi melicinkan Pentadbiran Sekolah ialah dengan mewujudkan suatu sistem fail yang baik dan seragam.
4.PRINSIP-PRINSIP SISTEM FAIL
4.1 Fail berkulit nipis lebih baik dari fail berkulit tebal kerana menjimatkan ruang.
4.2 Mudah disediakan dan disimpan
4.3 Murah dan mudah didapati
4.4 Cara yang mudah diperluas dan dipakai berterusan (aktif).
4.5 Rekod mudah dicari bila diperlukan tanpa membuang masa yang banyak.
4.6 Beri tanda bila dikeluarkan
4.7 Pengedaran fail bersistem
5.MAKLUMAT SISTEM FAIL
5.1 Memberi fail yang betul.
5.2 Tepat kepada orang yang memerlukan.
5.3 Tepat pada masa yang ditetapkan
5.4 Kos yang terendah
5.5 Menyampaikan maklumat apabila diperlukan oleh pelanggan
6.KEPERLUAN TERHADAP SISTEM FAIL YANG BAIK
6.1 Kepadatan - seboleh-bolehnya menggunakan ruang yang minima.
6.2 Asesibiliti - mudah untuk dirujuk.
6.3 Ekonomi - menentukan sistem penyimpanan fail adalah dengan kos yang
minima
6.3 Keenjalan - hendaklah maksud pembesaran ruang di masa hadapan
6.4 Lokasi - hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dan segera diperoleh
tanpa berlengah.
6.5 Rujukan Silang- supaya memberi kemudahan dalam mengesan lain-lain dokumen yang berkaitan atau rekod dapat dicari di bawah berbagai tajuk.
6.6 Rentention - bagi memperolehkan fail-fail yang tidak lagi aktif dipindahkan
6.7 Klasifikasi - untuk memberi kemudahan di dalam membuat rujukan.
7.PENGELASAN SISTEM FAIL
7.1 Memberi tajuk fail:
·01 - Kurikulum
·02 - Kokurikulum
·03 - Hal Ehwal Murid
·04 - Perjawatan & Perkhidmatan Kakitangan
·05 - Kewangan dan Akaun
·06 - Pentadbiran Am Sekolah
·07 - Perhubungan Masyarakat
·08 - Kemudahan Fizikal
·09 - Asrama
·10 - Audit
7.2 Mengkelas dan memberi kod kepada fail
Fail hendaklah dikelaskan dan diberi nombor Kod yang sesuai. Fail boleh disusun mengikut tajuk - besar atau ‘Level Pertama’. Tiap-tiap satu level pertama dipecahkan kepada perkara / tajuk kecil (Level Kedua) dan seterusnya tajuk-tajuk level Kedua dipecahkan lagi kepada tajuk-tajuk lebih kecil / aktiviti (Level Ketiga).
Contoh:
Tajuk Besar - Kurikulum 01
Perkara - Peperiksaan 01
Aktiviti - PMR 01
Kod Fail:
01 / 01 / 01
Tajuk Besar Perkara Aktiviti
7PENDAFTARAN, PENGELUARAN DAN PENYEMAKAN
7.2 Definisi Pendaftaran:
Satu cara merekod segala fail-fail yang telah dibuka dengan sistematik.
7.3 Jenis Pendaftaran Fail:
A)SISTEM DOKET
i.Sistem ini ialah satu sistem yang menunjukkan pergerakan fail yang mudah dikesan.
ii.Sistem ini merupakan satu pendaftaran berpusat (Central Registry), dengan menggunakan borang Am 89A tiap-tiap pergerakan fail hendaklah melalui pusat pendaftaran untuk didaftar pergerakannya dengan menggunakan borang Am 89. Tiap-tiap fail hendaklah dicatat pergerakannya.
iii.Am 89 (Doket Paharasat Bilangan – Pergerakan) dan Am 89A (Doket Paharasat Abjad Pendaftaran) ini boleh dibeli dari Jabatan Cetak atau kedai-kedai. Sistem doket diamalkan oleh agensi-agensi kerajaan.
iv.Apabila sebuah fail perlu diedarkan, fail itu hendaklah direkodkan dalam doket Am 89 senarai fail dan dituliskan di muka fail kepada sesiapa fail itu diedarkan - seterusnya pegawai berkenaan akan membuat catatan selanjutnya hingga selesai dan fail itu dikembalikan kepada pegawai menjaga fail. Butir pengedaran, nama pegawai, tarikh dikeluarkan & tarikh dikembalikan.
v.Fail-fail boleh hilang dalam masa diedarkan. Satu sistem hendaklah ditentukan sama ada fail dihantar semula ke pegawai lain atau menyediakan borang perjalanan fail.
vi.Pengedaran fail yang mempunyai pengelasan keselamatan hendaklah dibuat terus daripada pegawai menjaga fail kepada pegawai berkenaan. Kalau melalui PAR, fail-fail itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat dan dilakri ‘seal’ sebelum diedarkan.
vii. Bagi fail ‘SDF’ satu buku senarai fail hendaklah disediakan. Maklumat-maklumat mengenai Nombor Fail, tarikh dikeluarkan dan tarikh untuk dikembalikan dimuatkan dalam catatan dalam buku Rekod SDF.
B)SISTEM KAD
C)SISTEM BUKU
D)SISTEM KOMPUTER
8.3 Organisasi Besar
Di peringkat sekolah kita boleh menggunakan tiga (3) sistem, iaitu Sistem Kad, Sistem Buku atau sistem Komputer. Sistem Kad adalah lebih sesuai dan digalakan kerana sistem ini adalah yang terbaik dan digunakan di kebanyakkan sekolah pada masa ini. Dalam sistem kad, kita hanya menggunakan tiga (3) perkara penting yang perlu dicatat dalam kad tersebut.
a)Nombor Rujukan
b)Tajuk
c)Tarikh dibuka
8PERKARA-PERKARA LAIN DALAM FAIL
8.2 Sampul Kecil:
Satu fail sementara dibuka kerana fail asalnya tidak ditemui. Fail ini mengandungi satu tajuk sahaja. Bila sudah digunakan ianya hendaklah ditutup dan dimasukkan ke dalam fail besar. Fail ini tidak aktif.
8.3 Kertas Minit:
Tiap-tiap fail perlu disediakan kertas minit dan salinan surat-surat yang dihantar dan dimasukkan surat-surat berkenaan dengan memberi nombor rujukan (enclosure number). Surat-surat yang dimasukkan ke dalam fail hendaklah direkod pada kertas minit. Hanya Borang Am 6 hendaklah digunakan. Bila memerlukan fail hendaklah ditentukan borang Am 6 (Kertas Minit) disematkan di sebelah kiri fail bagi tujuan merekod keluar masuk surat menyurat. Bila mencatat tentukan:
·Kandungan masuk – dakwatMERAH
·Kandungan keluar – dakwat BIRU / HITAM
Contoh:
55
i)Tarikh Surat Diterima: 23/7/2006…Daripada : SMK Taman Anggerik Desa, Kajang.
Tarikh Surat Dikandung Dalam Fail : 23/7/2006 Ruj. No. SMKTAD/ 03/03/03/07 (23)
Tindakan : …Encik Kamaruzzaman bin Kamaruddin – Kaunselor Pelajar
65
ii)Surat Bertarikh : 23/7/2006 Kepada : Jabatan Perpaduan Negara & Intergrasi Nasional
Tarikh Surat Dihantar: 23/7/2006 Ruj. No. …SMKTMJ/ 03/03/03/07 (6)
iii)Nombor turutan hendaklah ditulis di sebelah kiri dalam garisan dan dibulatkan.
iv)Pada surat yang dikandungkan hendaklah ditulis nombor bilangan kandungan surat di sudut atas sebelah kanan seperti nombor urutan yang telah tercatat atau nombor turutan berikutnya bagi surat masuk dan dibulatkan nombor itu.
9ARAHAN PENUTUPAN FAIL
9.2 Fail hendaklah ditutup apabila mengandungi 100 kandungan atau bila difikirkan terlalu tebal.
9.3 Setelah fail itu penuh catatkan bilangan jilid pada nombor rujukannya, buka fail lain dengan menggunakan jilid 2 – dan nombor yang sama digunakan. Hanya bilangan kandungan dimulakan dengan baru (mula dari 1)
9.4 Fail yang memerlukan tindakan segera, maka tanda-tanda bercetak yang menunjukkan jenis tindakan perlu disematkan pada kulit fail. Misalnya ‘Tindakan Serta Merta’ (AM 99) atau ‘Segera’ (Am 99B).
10 PERINGKAT KESELAMATAN FAIL
Ketua Pejabat hendaklah menentukan fail-fail tertentu diberi peringkat keselamatan. Fail-fail itu boleh diberikan kepada jenis-jenis di bawah:
JenisUntukWarna
RAHSIA BESAR Keselamatan Negara Kuning Berpalang, Merah
depan & belakang
RAHSIA Tender Merah Jambu Berpalang
depan & belakang
SULIT Laporan Salah Laku Hijau
TERHAD Fail Peribadi Putih
BIASA Terbuka / Harian Putih
11 PENGELASAN DAN KOD FAIL UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Berikut adalah penerangan kepada pengelasan dan kod fail untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling:
PerkaraKod
Singkatan Nama Sekolah - SMKTMJ
Tajuk Besar - Hal Ehwal Pelajar - 03
Perkara - Bimbingan & Kaunseling - 03
Bidang - Pengurusan & Pentadbiran - 01
Aktiviti - Surat Pekeliling Ikhtisas - 01
Bilangan surat (ditulis dalam kurungan) - ( 01 ) dan seterusnya
selepas Nombor Fail UBK
Cara menulis:
CONTOH :
SMKTMJ 03 / 03 / 01 / 01 ( 01 )
SISTEM PENGURUSAN FAIL
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN TAMAN ANGGERIK DESA
01 - BIDANG PENGURUSAN & PENTADBIRAN
SMKTMJ 03 / 03 / 01 / 01
-
Surat Pekeliling Ikhtisas / Perkhidmatan / Am
SMKTMJ 03 / 03 / 01 / 02
-
Surat Siaran Perkhidmatan Unit B&K
SMKTMJ 03 / 03 / 01 / 03
-
Struktur Organisasi dan Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Unit B&K
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa
Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.
Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.
Early on, decide how many days you will need to spend on each subject.
Make sure you spend time on your weaker subjects and don't avoid them, but not to be over-confident about your stronger subjects and neglect them.
Realize that there are distinct stages to learning: acquiring, understanding, memorising and testing knowledge. Allow time for each of these stages.
Be realistic in your planning. Don't set yourself target which you have no chance of reaching. Consider the work you have to do, the time that you have and how fast you know you can work. If you find you don't have time to do it all, go back and reconsider the number of topics you've decided to learn.
Try to keep your study sessions short. Most people find short and frequent work periods of about one and a half hours work much better than long marathons.
Don't put off revising by telling yourself you haven't got enough time. 20 minutes can be perfect opportunity to revise 'quick reference' cards.
If you set aside 1 hour to revise, make sure that you are ready to revise than. Don't allow yourself to spend 30 minutes putting on the kettle!!!!
Even if you deliberately set fairly easy reachable targets, you will still get a psychological boost each time you achieve your goal.
Never forget that a plan should be flexible. There is no way that you will keep exactly to your plan and you need to be prepared to alter it along the way.
Include spare days in your revision plan. These can be used to catch up on any topic, which you need to spend more time on.
Leave time for relaxation either as 'spare days' or as rewards at the end of a day - have a night off!!!
How to Revise Effectively
Make sure you know what the key phrases used in exams (e.g. "evaluate", "compare and contrast", "analyze" means and how to answer questions that begin this way.
Make the learning process distinctive in some manner. The more distinctive the learning, the greater the probability that you will remember it at the vital time. Read, make notes, speak into a tape recorder, prepare a presentation for a friend, use past exam papers, work with friends from your course.
Take short breaks during the working session to do something relaxing and different for 10 minutes and then come back relaxed and refreshed.
Use different coloured pens and papers. They will act as keys and aid your memory in exams. Similarly, rhymes or keywords will help you remember lists of information.
Make use of spider diagrams to force you to interact with the information, i.e. to process it in some form. This will aid your memory and comprehension of the material. Straight-down-the-page notes restrict you to a linear path of thought. A spider diagram enables you to connect information in many different ways.
Try using file cards to write down keywords that you need to remember on any particular topic. These can be very useful as memory-joggers once you've revised a topic. Finish your revision session on an interesting or good point.
Good luck and don't forget to pray to God for your success.
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
SAMARAHAN 5 Jan. - Perpindahan guru dari Semenanjung ke negeri asal masing-masing merupakan antara punca Sarawak mengalami masalah kekurangan 1,565 guru sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2010.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kekosongan itu melibatkan guru-guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Menurutnya, keadaan itu tidak membabitkan sekolah rendah yang menerima kehadiran kira-kira 1,000 guru baru semalam.
''Kebanyakan guru yang lebih lima tahun berkhidmat di Sarawak memohon untuk kembali ke negeri asal mereka dan ini merupakan antara punca berlaku kekurangan guru di Sarawak.
''Kita akan mengambil Guru Sandaran Tidak Terlatih bagi mengatasi masalah tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke lapan buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Batang Sadong di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Julaihi Bujang dan Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri.
Dalam perkembangan berlainan Puad memberitahu, kementerian akan memberikan perhatian segera bagi menyelesaikan masalah 130 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Metah dekat Batang Rajang yang sekolah mereka musnah terbakar dalam kejadian pada 26 Disember lalu.
Beliau menjelaskan, pembinaan kabin untuk dijadikan kelas merupakan alternatif terbaik kerana ia bukan sahaja mudah dan cepat dipasang, malah tahan lama.
"Kita berharap penduduk kampung dapat membantu pembinaan kabin ini bagi menempatkan murid-murid kerana sesi persekolahan perlu diteruskan seperti biasa," katanya.
Dalam kejadian 26 Disember lalu, blok yang menempatkan bangunan pentadbiran, asrama dan kelas di SK Nanga Metah musnah dalam kebakaran selepas sambutan Hari Krismas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah membekalkan Buku dan Poster untuk diedarkan ke semua sekolah menengah dan rendah.
3. Sehubungan itu, kami mengharapkan agar pihak tuan dapat mengambil bahan tersebut di Blok ’A’, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dengan kadar segera. Bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:
3.1 Buku (Guru Jutawan Akhirat) bagi Sekolah Menengah - 10 unit
3.2 Buku (Guru Jutawan Akhirat) bagi Sekolah Rendah - 9 unit
3.3 Buku (Guru Jutawan Akhirat) bagi SJKC/SJKT - 2 unit
3.4 Poster (Adab Murid Dengan Guru) bagi Sekolah Menengah - 5 unit
3.5 Poster (Adab Murid Dengan Guru) bagi Sekolah Rendah - 4 unit
3.6 Poster (Adab Murid Dengan Guru) bagi SJKC/SJKT - 2 unit
3.7 Poster (Adab Dengan Sahabat) bagi Sekolah Menengah - 5 unit
3.8 Poster (Adab Dengan Sahabat) bagi Sekolah Rendah - 4 unit
3.9 Poster (Adab Dengan Sahabat) bagi SJKC/SJKT - 2 unit
4. Bersama ini dilampirkan Borang Rekod Penyerahan Bahan Atau Maklumat Kurikulum yang perlu dilengkapkan oleh pihak sekolah berserta tanda tangan dan cop Pentadbir dan perlu diserahkan semasa mengambil bahan-bahan tersebut.
5. Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat di talian 03-87381100.
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-88849586
Harap maklum.
-Bahagian Pengurusan Sekolah Harian-
Rabu, 30 Disember 2009 | 461 Hit(s)
SEMAKAN PENEMPATAN GURU BARU SEKOLAH RENDAH 2010 NEGERI SELANGOR
Author : matseri
DI PAPARKAN SEMAKAN GURU BARU BAGI TAHUN 2010 SELURUH NEGERI SELANGOR. SILA MASUKKAN NO. KP ANDA. OK. KEPADA YANG DAPAT KE DAERAH HULU LANGAT, SILA DATANG ESOK 31/12/2009 UNTUK AMBIL SURAT POSTING.
Semua sekolah dikehendaki mengisi borang Laporan Kecemerlangan Sekolah dan Perlu menghantar "Solf Copy" dan "Hard Copy" ke Unit ICt & Data PPD Hulu Langat Sebelum atau pada 5 Januari 2009 (u.p : En. Muhammad Yusri bin Yusof). Harap maklum.
SEMAKAN PENEMPATAN GURU KPLI HULU LANGAT 2010
Author : matseri
BERIKUT DILAMPIRKAN SENARAI NAMA TERKINI PENEMPATAN GURU KPLI DI DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2010. SILA SEMAK NAMA ANDA. SEKIRANYA NAMA ANDA TERSENARAI SILA HADIR KE..
TARIKH : 31 DISEMBER 2009 (KHAMIS)
TEMPAT : BLOK C, PPD HULU LANGAT
MASA : 9.00 PAGI
TUJUAN : MENGAMBIL SURAT PENEMPATAN / POSTING KE SEKOLAH DI DAERAH INI.
Fail Lampiran: Nama fail: KPLI2010HL.zip
Saiz fail: 13813
Untuk makluman tuan, RMT tahun 2010 hendaklah dimulakan mulai Hari Pertama Sesi Persekolahan 2010. Semua Guru Besar diminta mematuhi arahan pelaksanaan ini. Adalah diingatkan bahawa pemberian bantuan RMT in hanya kepada murid yang mematuhi dasar kelayakan sahaja iaitu pendapatan ibu bapa RM400 dan kurang atau perkapita RM80 dan kurang. (Sumber: Data SMM dan ditetapkan oleh J/K Bantuan Murid Sekolah). Kadar bantuan RMT RM1.80/murid/hari. Surat siaran, sila ambil dalam pigien hole mulai esok -30/12/2009.
Selasa, 29 Disember 2009 | 485 Hit(s)
SBP jadi pilihan
Author : matseri PELAJAR Sekolah Maahad Tahfiz Kuantan begitu gembira selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR yang diumumkan, baru-baru ini.
Keputusan memasuki MRSM, SMKA dan SMT akan diumum bulan depan
SETIAP kali keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan, pasti ramai ibu bapa mula mengatur perancangan bagi memilih sekolah terbaik untuk anak masing-masing meneruskan pendidikan menengah atas.
Bagi 28,188 pelajar yang memperoleh semua A daripada 442,721 calon menduduki PMR tahun ini, pastinya sekolah berasrama penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi pilihan utama, selain sekolah menengah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah berasrama harian dan sekolah menengah teknik atau vokasional.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata keghairahan menghantar anak ke SBP atau SMKA begitu jelas kerana mereka berpendapat sekolah berkenaan mampu melonjakkan pencapaian akademik atau kekal cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bagaimanapun, katanya, persaingan memasuki sekolah berkenaan pastinya sengit berikutan tempat yang terhad berbanding jumlah pelajar cemerlang semakin ramai.
“Kita mempunyai 58 SBP, SMKA (55) dan banyak lagi asrama harian, jadi lepasan PMR boleh memilih mana-mana institusi sesuai mengikut kelayakan mereka di dalam lima bidang termasuk kemanusiaan, sains, teknikal, agama dan vokasional.
“Kini hanya yang terbaik akan mendapat tempat. Namun pelajar jangan bimbang, jika mereka memiliki tahap akademik dan kokurikulum terbaik sememangnya peluang itu ada.
“Kepada pelajar yang sudah memohon untuk ke SBP dan SMKA keputusan akan diketahui bulan depan dan boleh diketahui menerusi laman web Kementerian Pelajaran iaitu www.moe.gov.my,” katanya ketika ditemui Berita Harian, baru-baru ini.
Alimuddin berkata, kriteria ke SBP tidak banyak berubah berbanding tahun sebelum ini, iaitu cemerlang akademik dan kokurikulum.
“Di SBP, pelajar bukan sekadar belajar tetapi ia adalah tempat membentuk keperibadian mereka supaya boleh menjadi pemimpin di masa depan.
“Kepada calon yang tidak berjaya mendapat tempat selepas pengumuman dibuat bulan depan, rayuan boleh dikemukakan, namun ia adalah berdasarkan kekosongan.
Mara juga akan mengumumkan keputusan pengambilan pelajar Tingkatan Empat ke MRSM bulan depan.
Daripada 39 MRSM seluruh negara, hanya tiga menawarkan kemasukan untuk selepas PMR iaitu masing-masing MRSM Taiping, Perak; Pangkalan Chepa, Kelantan dan Tun Ghafar Baba (Jasin), Melaka.
Sementara itu, sebanyak 8,208 tempat disediakan bagi memasuki Tingkatan Empat di SMKA seluruh negara, bagi sesi persekolahan tahun depan.
Penolong Pengarah, Unit Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Abd Jalil Ahmad, berkata jumlah itu adalah anggaran pelajar dari sekolah harian biasa yang menawarkan aliran rancangan khas agama ke tingkatan empat tahun depan.
Katanya, jumlah itu mungkin berubah kerana terdapat pelajar SMKA yang ditawarkan ke SBP atau terpaksa meningkalkan sekolah berkenaan kerana tidak menepati syarat minimum kemasukan ke Tingkatan Empat.
“Selain tambahan 903 tempat berbanding 7,305 tahun ini, lapan kelas lagi disediakan di SMKA menjadikan jumlah keseluruhannya 262 pada tahun depan.
“Pertambahan itu dibuat kerana jumlah pelajar tingkatan tiga sekarang lebih ramai berbanding kohort tingkatan empat dan peningkatan permohonan setiap tahun, sekali gus membuktikan SMKA terus menjadi pilihan ramai calon PMR melanjutkan pelajaran.
Katanya, calon yang berjaya dijangka mendaftar pada minggu pertama persekolahan.
“Pemilihan calon serta surat tawaran kepada pelajar berjaya akan dikeluarkan jabatan pelajaran negeri (JPN), begitu juga tarikh pendaftaran ke sekolah terbabit juga ditetapkan mereka.
“Calon boleh menyemak status permohonan di JPN masing-masing," katanya kepada Berita Harian.
KOSMO bertarikh 15 Disember 2009 - SMK SRI PUTRA, BANGI SUDAH LIMA TAHUN PROJEK TIDAK SIAP
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar KOSMO bertarikh 15 Disember 2009 (SMK SRI PUTRA, Bangi sudah lima tahun projek tidak siap).
Untuk makluman, Projek bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Putra telah diberi milik tapak untuk pembinaan sekolah pada 5 April 2007 dan tarikh siap asal sekolah ini adalah pada 4 Disember 2008. Projek ini juga telah diberi Lanjutan Masa sehingga No.2 dan Lanjutan Masa yang terakhir adalah pada 27 Mac 2009.
Walau bagaimanapun, projek pembinaan sekolah ini masih tidak dapat disiapkan dan KPM telah mengeluarkan 2 NOTIS kepada kontraktor supaya kerja-kerja di tapak ditingkatkan dan disiapkan segera mengikut jadual. Oleh kerana pihak kontraktor masih gagal menyiapkan kerja-kerja di tapak mengikut jadual yang telah ditetapkan, NOTIS PENAMATAN telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor pada 21 Oktober 2009. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil tindakan dan dalam proses melantik kontraktor baru bagi menyiapkan projek ini.
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Senarai 6,600 murid yang layak memasuki tingkatan satu di sekolah berasrama penuh (SBP) bagi sesi 2010 akan diumumkan esok.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya hari ini memberitahu, semakan dan maklumat lanjut mengenainya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web kementerian di www.moe.gov.my.
"Murid yang terpilih akan mendaftar di SBP masing-masing di seluruh negara pada 11 Januari ini," menurut kenyataan itu.
Seramai 95,826 murid yang mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 memohon untuk memasuki SBP tahun ini.
Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang gagal memasuki senarai pemohon yang berjaya boleh membuat rayuan melalui e-rayuan di laman web yang sama.
"Tempoh rayuan adalah selama 20 hari bermula esok dan rayuan secara bertulis tidak digalakkan.
"Bagaimanapun, keputusan rayuan itu adalah tertakluk kepada kekosongan setelah proses pendaftaran di SBP tamat," tambahnya.
BILIK OPERASI SPBT DAERAH (BOSD) AKAN DIBUKA PADA TARIKH SEPERTI BERIKUT :
28 DISEMBER 2009 BOSD SK PANDAN PERDANA (SJKC/T)
29 DISEMBER 2009 BOSD SK SAUJANA IMPIAN (SK)
30 DISEMBER 2009 BOSD SMK CHERAS JAYA (SMK)
MULAI JAM 9.00 PAGI HINGGA 12 TENGAHARI. SEKOLAH YANG MENGALAMI KEKURANGAN BUKU SPBT BOLEH DATANG MENGAMBIL BUKU SPBT PADA TARIKH TERSEBUT. SILA HUBUNGI PN. HJH. ROSNANI UNTUK MEMASTIKAN STOK YANG DIPERLUKAN ITU ADA ATAU TIDAK. HARAP MAKLUM.
Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan telah dibuka untuk semakan bermula 21 Disember 2009.
TAHNIAH ! KEPADA PENTADBIR DAN GURU - GURU SEKOLAH SK SAUJANA IMPIAN KERANA MENJADI
PEMENANGANUGERAHSEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
BERIKUT DILAMPIRKAN CONTOH SLAID MS POWERPOINT DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT SEBAGAI PAPARAN KEPADA PIHAK SEKOLAH DI DAERAH HULU LANGAT INI UNTUK SESAMA MENCIPTA KEGEMILANGAN.
Surat Pekeliling Kewangan Bil 4 Tahun 2009 - Pemberian Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dan Biasiswa Sukan (BS)
NKRA, KPI baiki mutu perkhidmatan: Usaha perjelas hala tuju pembangunan negara: Najib
PUTRAJAYA: Kerajaan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ia juga bagi memastikan rakyat mendapat gambaran lebih jelas mengenai hala tuju pembangunan negara.
* Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir 2010.
* Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah.
* Pendidikan prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.
* Membanteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010.
* Peruntukan RM10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik, selain baik pulih 50,000 rumah menjelang 2012.
* Menetapkan 25 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012.
"Kepemimpinan tidak akan bermakna jika bukan berpaksikan pencapaian yang akan membolehkan perkhidmatan awam dan anggota pentadbiran dinilai secara menyeluruh daripada aspek kuantitatif dan kualitatif.
"NKRA dan KPI diperkenalkan kerana tidak mahu rakyat sebagai pelanggan utama berada dalam keadaan teraba-raba dan samar apakah inisiatif, rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan.
"Saya mahu segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran yang ditetapkan," katanya.
Najib menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran, Penjawat Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya, semalam.
Beliau berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran, Penjawat Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.
Najib menerusi ucapan bertajuk Merevolusi Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan: Pencapaian Diutamakan, memperincikan KPI setiap enam NKRA yang masing-masing diterajui oleh enam menteri, iaitu;
* Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
* Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - Mengurangkan kadar jenayah.
* Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz - Memerangi rasuah.
* Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.
* Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal - Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
* Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat - Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.
Najib juga berkata, setiap NKRA akan dikenal pasti menerusi KPI tersendiri dengan sasaran khusus supaya pencapaiannya dapat diukur.
Katanya, sistem KPI banyak diguna pakai oleh syarikat korporat dan dijadikan sebagai radas timbangan kerja yang berkesan, selain diterima pakai dengan jayanya oleh kerajaan negara maju seperti Britain, Australia dan Kanada.
"Dengan adanya KPI, segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan," katanya.
Perdana Menteri berkata, pada akhirnya rakyat akan memperoleh semua faedah daripada usaha itu, manakala beliau sendiri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI.
"Setiap minggu saya akan berjumpa setiap menteri peneraju bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Dalam setiap enam minggu saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan," katanya.
Beliau berkata, keutamaan yang digariskan adalah sesuatu yang besar dan penting membabitkan komitmen mendalam dan tuntutan tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.
"Amanah yang diberikan rakyat di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ia sukar.
"Jelas sekali kita tidak mempunyai pilihan, sama ada kita bergerak maju dengan penuh yakin atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit ini." katanya.
Segera / Arahan/ Letakkan di Laman web PPD Hulu Langat
Kepada :
Unit ICT PPD Hulu Langat,
En Thani/En Yusri/En Musa (KUTV) PPD Hulu Langat.
Arahan lisan oleh Encik Abdullah, Ketua Sektor SPMICT, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada hari ini 12 November 2009. Untuk disampaikan kepada Unit ICT PPD HL, semua pengetua/gurubesar selangor.
Perkara : Pengujudan Email untuk semua pengetua/guru besar seluruh negeri selangor.
Berdasarkan perbincangan antara semua wakil PPD dalam Negeri Selangor bersama Ketua Sektor SPMICT Jabatan Pelajaran Selangor, ketetapan berikut telah diperolehi:
1.Semua sekolah perlu mengujudkan email sekolah.
2.Tujuannya untuk mewujudkan group email bagi semua sekolah di selangor.
3.Email sekolah perlu sama dengan group jabatan (iaitu
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
.
LANGKAH WUJUDKAN EMAIL SEKOLAH DAN SYARAT:
i.Wujudkan satu email gmail contohnya:
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Aturan alamat email mesti seperti contoh dibawah:
Kod sekolah di ikuti dengan samada smk/sk/sjkc/sjkt/sabk @gmail.com
Contoh
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
bagi sekolah menengah/ teknik/ SMA/SAM
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
bagi sekolah rendah
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
bagi sekolah jenis kebangsaan cina
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
bagi sekolah jenis kebangsaan tamil
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
bagi sekolah agama bantuan kerajaan
ii.Hantarkan alamat email kepada
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
DAN "CC" kepada
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
iii.Nyatakan Nama Pengetua/Guru Besar dan nama sekolah.
** MOHON KERJASAMA SEMUA SEKOLAH UNTUK "CC" PENGHANTARAN EMEL ANDA KPD SAYA (
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
) supaya Unit ICT mengetahui bilangan sekolah yang telah menghantar kepada JPS.
Peraturan mengenai kemudahan Cuti Sakit diperuntukkan di bawah Perintah Am 15 Bab ‘C’ yang menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang telah disahkan sebagai tidak sihat untuk menjalankan tugas-tugasnya oleh seorang Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor. Pengesahan tidak sihat ini hendaklah dibuat di atas sijil sakit.
Di bawah peruntukan Perintah Am yang sama juga, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk menerima mengikut budi bicaranya sendiri sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan terhad kepada tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun.
Penentuan seseorang pegawai itu tidak sihat untuk menjalankan tugasnya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Perubatan atau doktor swasta mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Majlis Perubatan Malaysia. Oleh yang demikian, Ketua Jabatan boleh meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai yang dapat membuktikan bahawa dirinya tidak sihat untuk bertugas dengan mengemukakan sijil sakit dari Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan mempunyai kuasa untuk tidak meluluskan kemudahan Cuti Sakit kepada seseorang pegawai jika Ketua Jabatan mendapati sijil sakit yang dikemukakan itu diperolehi dengan cara yang tidak sepatutnya. Contohnya, pegawai membeli sijil sakit atau mengubah tarikh yang telah dinyatakan di dalam sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan atau doktor swasta.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Oktober 2009
Semakan Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Bil. 8/2009
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan secara online untuk penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah tamat mengikuti Sarjana Muda Pendidikan bil. 8/2009 boleh dibuat bermula 16 Oktober 2009.
Sistem Pemantauan Sekolah Akhir & Awal Tahun (dBLAT) diwujudkan untuk memudahkan sistem pengurusan dan pemantauan sekolah pada akhir tahun dan awal tahun . dBLAT mencakupi pemantauan sekolah merangkumi 10 aspek berdasarkan instrument pemantauan sekolah yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia setiap tahun iaitu;
i) Bilik darjah / makmal
ii) Sekolah berasrama
iii) Bangunan yang dibaiki atau tambahan
iv) Kedudukan guru / kakitangan
v) Kewangan / Pengurusan sekolah
vi) Kurikulum
vii) Pentadbiran / peralatan pejabat / lain-lain peralatan
viii) Keceriaan / pendaftaran murid / kebersihan
ix) Surat edaran kepada ibu bapa / penjaga
x) Rumusan pemantauan / perkara berbangkit
Memandangkan proses pemantauan pengurusan sekolah dilakukan secara manual (menggunakan borang pemantauan), namum penyeragaman serta penyatuan analisis pemantauan keseluruhan masih boleh diperbaiki lagi. dBLAT dibina khusus untuk memudahkan proses pemantauan, proses menganalisis dan proses penyediaan laporan pemantauan yang lebih bersistematik.
2.0 KEPERLUAN INSTALASI dBLAT
I. Aplikasi Window XP
II. MS Access (Office 2003 dan ke atas)
3.0 INSTALASI dBLAT
i. Aplikasi dBLAT ini boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia (http//www.moe.gov.my).
ii. Klik 2x pada ikon install – proses instalasi sedang dijalankan sehingga selesai.
iii. Ikut arahan semasa proses instalasi.
iv. Shortcut logo Bahagian Sekolah KPM (Pemantauan akhir awal tahun) akan terbina pada paparan desktop.
v. Klik 2x pada ikon tersebut untuk memulakan aplikasi ini.
4.0 MENU UTAMA
Menu utama dBLAT memaparkan butang navigasi (sebelah kiri), navigasi terdiri daripada butang padam semua rekod, optimise, papar laporan, eksport data, import data, refresh dan tamat.
Butang pencarian sekolah berdasarkan daerah seluruh Malaysia disediakan untuk memudahkan kita mendapatkan maklumat semasa berdasarkan maklumat SMPP..
Menu carian daerah dan sekolah. (Cari Negeri, Daerah dan Sekolah)
5.0 INSTRUMEN PEMANTAUAN
Terdapat 11 instrumen pemantauan sekolah berdasarkan instrument yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia setiap tahun. Namun perubahan di lakukan sekiranyan terdapat pindaan (perubahan) dalam instrument asal yang dikeluarkan oleh Bah. Sekolah, KPM.
5.1 Prosedur Pemantauan.
Pegawai pemantau boleh menggunakan terus aplikasi ini sewaktu memantau atau menggunakan cetakan borang pemantauan berdasarkan nama sekolah yang ditetapkan (pencerapan secara manual). Kemudian pegawai pemantau akan membuat ‘key – in’ semula skala pemantauan terus di dalam alpikasi ini.
5.2 Skala Instrumen
Terdapat 5 nilai skala yang terdapat di dalam aplikasi ini.
0 = Kriteria tidak berkaitan
1 = tidak cukup
2 = mencukupi tetapi tidak sempurna
3 = mencukupi dan sempurna
4 = lebih daripada keperluan
Pegawai pemantau hanya ‘klik’ pada ruangan skala. Tanda () akan terpapar pada kekotak nilai skala.
PERHATIAN.
Pegawai pemantau mestilah ‘klik’ pada nilai skala 0 untuk semua bahagian yang tidak berkaitan. Umpamanya apabila memantau sebuah sekolah yang tidak mempunyai asrama, pegawai memantau mestilah klik pada nilai 0 untuk semua aspek pada bahagian asrama.
Ini bererti nilai keseluruhan skor/peratusan bagi semua soalan yang terdapat pada bahagian sekolah berasrama tidak diambil kira. Ia tidak akan menjejaskan nilai skor keseluruhan pemantauan.
5.3 TARIKH PEMANTAUAN
Semua pegawai pemantau mestilah mencatatkan tarikh pemantauan. Jika tidak, aplikasi ini tidak melakukan sebarang simpanan data ataupun pindahan data ke disket yang lain.
Sekiranya terdapat 2 orang pegawai yang berbeza melakukan pemantauan yang pada tarikh yang sama di sebuah sekolah, maka sebaik-baiknya nilai markah keseluruhan yang tertinggi sahaja ang diserah kepada urusetia pemantauan sekolah di PPD masing-masing.
Jika sekiranya kedua-dua orang pegawai ini mahukan nilai markah pemantauan diambil kira untuk tujuan penyatuan, ia mestilah mencatatkan 2 tarikh pemantauan yang berbeza di dalam aplikasi ini.
Tarikh pemantauan mestilah dicatat oleh setiap pegawai pemantau. (Gunakan tanda “/” untuk catatan tarikh)
5.4 Kemasukan Data Mentah
Pada bahagian 4, 5 dan 6 (Maklumat keperluan guru, kakitangan), kemasukan maklumat adalah secara manual. Oleh yang demikian data-data (angka) hendaklah ditaip terus pada ruangan berkenaan. Kemudian nyatakan status tidak cukup/cukup.
5.5 RUMUSAN PEMANTAUAN
Pada bahagian akhir aplikasi ini disediakan satu rumusan pemantauan (nilai skor keseluruhan) yang mengambil kira semua aspek. Namun nilai skor yang tidak berkaitan di sekolah berkenaan, tidak diambil kira.
5.6 SIMPAN DATA & PENGHANTARAN DATA (EMAIL)
Semua maklumat pemantauan sekolah disimpan di dalam mana-mana folder atau my document sebelum proses penghantaran data secara email.
Klik butang Simpan Data, paparan pili folder untuk eksport text file akan dipapar (atas), pilih destinasi folder penyimpanan data sebelum klik save. Data yang disimpan adalah dalam bentuk text file dan nama text file akan dipaparkan secara automatik yang merangkumi nama BLAT, kod sekolah, tarikh dan masa. Penyimpanan data secara berulang kali akan menghasilkan beberapa salinan text file, tetapi yang membezakan hanyalah pada tarikh dan masa sahaja.
Nama text file terdiri daripada BLAT, kod sekolah, tarikh dan masa
Berdasarkan contoh nama text file di atas, kod sekolah JBA0001, Tarikh: 01/10/2009 (01102009)
dan masa 103218 (jam 10, minit 32, saat 18)
Peringatan: Proses penghantaran data secara email tidak akan berjaya sekiranya terdapat item pemantauan yang tidak lengkap. Paparan peringatan bahagian item yang tidak lengkap akan dipaparkan untuk memudahkan semakan dilakukan.
Penghantaran data secara email: Klik butang email, paparan email akan terpapar (atas), klik pada butang e-MAIL (Perlu sambungan Internet), paparan google mail akan terpapar, cari text file dblat pada folder data, lakukan attachment, gunakan nama file yang sama pada text file sebelum penghantaran email dilakukan. Pilih alamat gmail berdasarkan negeri masing-masing.
6.0 CETAKAN & LAPORAN
Semua borang pemantauan (yang kosong / yang telah lengkap) boleh terus dicetak. Gunakan butang cetak untuk tujuan cetakan.
7.0 Talian Kecemasas/Bantuan
Tn Hj Khalid bin Hj Hashim
Penyelia Kanan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah (Menengah)
Jabatan Pelajaran Johor
Tel : 07-2332200
H/P : 012-7318948 / 019-7730047
e-mail : ktbha20042000 @yahoo.com.uk
Tn Hj Ahmad Nasarudin bin Tulus
Penolong PPD (Menengah) ATAU
Pejabat Pelajaran Daerah Muar
H/P : 012-6169677
e-mail :
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Adalah dimaklumkan bahawa terdapat seramai 8 orang ahli Badan iIhsan Jabatan Pelajaran Selangor yang telah meninggal dunia dari bulan April hingga Jun 2009.
Sehubungan dengan itu, kami mengharapkan agar tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan kematian sebanyak RM 8.00 untuk diberikan kepada waris -waris ahli Badan Ihsan yang telah meninggal dunia. Bagi ahli yang beragama Islam, bersamalah kita membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah - arwah tersebut.
Senarai Kematian ahli Badan Ihsan April 209 - Jun 2009 :
ISMAIL BIN MOHD AMIN - SK BATU BELAH (KLANG)
FUZIAH BINTI ABDUL RAZAK - SMK SAUJANA UTAMA (KUALA SELANGOR)
MOHD YUSRIL BIN ZAKARIA - SK KG RAJA UDA ( KLANG)
MOHAMAD NOR BIN AB HAMID - SK BUKIT TAMPOI ASLI (A) (SEPANG)
NORITA BINTI IBRAHIM - SK SERENDAH (HULU SELANGOR)
ROSLAN BIN MOHD SADRY - PPD PETALING UTAMA (PETALING UTAMA)
RUSIDAH BINTI HAMZAH - SMK DATO MAHARAJA LELA (KUALA SELANGOR)
KAMSIAH BINTI MOHD AMAN - SK SUNGAI SERAI (GOMBAK)
Permohonan Pertukaran Guru antara negeri bagi sesi Jan 2010 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2009.
Permohonan Pertukaran guru Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi negeri Terengganu, Pulau Pinang dan W.P. Kuala Lumpur bagi sesi Januari 2010 akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2009.
SEMUA PENGETUA & GURU BESAR DIMOHON SUPAYA MENYEMAK KEMBALI EMEL RASMI YANG TELAH DIBERIKAN.(CTH.
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
). SELEPAS INI, SEMUA PANGGILAN MESYUARAT & HEBAHAN AKAN HANYA MENGGUNAKAN MEDIUM RASMI IAITU E-MEL DAN LAMAN WEB PPDHL.NET SAHAJA. PIHAK SEKOLAH JUGA DIALU - ALUKAN MELANTIK KAKITANGAN UNTUK MENYEMAK E-MEL DAN INFO TERKINI DARI LAMAN WEB PPDHL.NET INI SEKURANG - KURANGNYA 2 KALI SEHARI SUPAYA SEGALA HEBAHAN YANG DISAMPAIKAN OLEH PIHAK PPD AKAN SEGERA DIPEROLEHI. TARIKH PERLAKSANAAN, PENGGUNAAN SEPENUHNYA HEBAHAN MELALUI E-MEL DAN WEB AKAN DIMAKLUMKAN SECARA RASMI KE SEKOLAH SEDIKIT MASA LAGI. DI HARAPKAN PIHAK SEKOLAH BERSEDIA MENERIMA PERUBAHAN INI. SEBARANG MASALAH SILA HUBUNGI EN. MUHAMMAD YUSRI BIN YUSOF (UNIT ICT & DATA) / EMEL :
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
TERIMA KASIH.
Penafian | Dasar | Hak Cipta | Keselamatan |
Diubahsuai oleh En. Muhammad Yusri Yusof@2010 PPD Hulu Langat
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 3 & Internet Explorer 7 Ke atas
Resolusi Terbaik : 1024X768 pixel