LATIH RAMAI GURU SIVIK

  • PDF
  • Cetak
  • E-mel
Featured

Utusan Malaysia bertarikh 14 Jun 2010 – LATIH RAMAI GURU SIVIK



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “SENSEI MATAISU, Klang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 June 2010 – Latih ramai guru Sivik.
 
Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.
 
Berdasarkan kepada kepentingan pendidikan ini, satu lagi opsyen atau pengkhususan untuk mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenalkan iaitu 'Malaysia Negaraku'  di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Untuk makluman, terdapat seramai 60 orang guru pelatih yang menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam pengkhususan 'Malaysia Negaraku' telah dipilih untuk ambilan Jun 2010.
 
Berdasarkan kepada pelaksanaan dan tindakan yang telah diambil, adalah menjadi satu keperluan bagi kementerian untuk melahirkan lebih ramai guru bagi opsyen pengkhususan mata pelajaran ini dan kementerian berharap usaha ini akan dapat diatasi serta memenuhi keperluan.
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Quote this article on your site

To create link towards this article on your website,
copy and paste the text below in your page.




Preview :


Powered by QuoteThis © 2008